Sunday, January 3, 2010

SELAMAT DATANG KE LAMAN FATISHA AGROTECH

PENGENALAN

Syarikat Fatisha Agrotech telah ditubuhkan pada bulan November 2009 yang lalu bagi menperluaskan bidang yang boleh diterokai oleh syarikat induk terdahulu iaitu Fatisha Agro Farm. Pihak kami membekalkan peralatan pertanian berasaskan cendawan dan juga fertigasi.

Buat masa ini, Fatisha Agrotech beroperasi di Kg Pengkalan Pandan Luar, Kemaman dan akan beroperasi sepenuhnya di lot kedai di Taman Bukit Mentok, Kg Pengkalan Pandan pada Februari 2010.

Kami juga akan menjadi syarikat swasta pertama di negeri Terengganu yang bakal menghasilkan benih cendawan sendiri. Segala peralatan makmal kami sudah lengkap dan di dalam proses menghasilkan benih cendawan kami yang pertama. Di lot kedai tersebut, kami memjual semua peralatan menanam cendawan dan juga fertigasi. Selain itu, kami membekalkan mesin-mesin pertanian yang diimport dari luar negara dengan harga yang amat berpatutan.

Mesin-mesin penamaman cendawan adalah sepenuhnya dihasilkan sendiri juga akan dipamerkan di kedai kami. Pelanggan boleh memilih rekabentuk yang dikehendaki bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Nantikan perkembangan terkini dari kami tidak lama lagi.

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN MESIN, SILA HUBUNGI NAJIHAH - 0139159401, ASMA - 0139746181ATAU SHUHIDA - 0139845047 BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT.

No comments:

Post a Comment